Latar Belakang

Latar Belakang

Malaysia kini menghadapi situasi ekonomi dan politik yang tidak menentu. Usaha untuk mempertingkatkan kembali kepercayaan rakyat kepada kerajaan dan parti politik adalah satu perkara yang perlu disegerakan. Sehubungan itu, penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik Berintegriti (JKNMPP) adalah penting bagi memikul amanah dan tanggungjawab tersebut.

Persidangan Antarabangsa Integriti Politik

Persidangan Antarabangsa Integriti Politik

Mesyuarat JKNMPP Bil. 2 pada 15 Januari 2016 telah bersetuju untuk mengadakan Persidangan Antarabangsa Integriti Politik 2016: Ke Arah Mewujudkan Mekanisme Pembiayaan Politik Yang Telus Dan Berintegriti pada bulan April 2016. Keputusan penganjuran persidangan ini adalah selari dengan salah satu Terma Rujukan JKNMPP iaitu memeriksa dan menilai amalan terbaik, mekanisme undang-undang dan peraturan yang digunakan di negara-negara lain dalam pengurusan pembiayaan politik.

Pembiayaan Politik

Pembiayaan Politik

Secara asasnya, pembiayaan politik boleh dikaitkan sebagai “kewangan politik” di mana ianya merujuk kepada wang atau dana untuk kempen pilihanraya.

Persidangan Integriti Politik 2016: Ke Arah Mewujudkan Mekanisme Pembiayaan Politik Yang Telus & Berintegriti